Kelas Asas Internet

16 November 2019 | Aktiviti Terkini

Kelas Asas Internet diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Tekoh (SKJT) tentang asas penggunaan internet.Seramai Tujuh orang peserta yang terdiri daripada enam orang lelaki dan seorang perempuan yang menyertai kelas ini. Pertama sekali pelajar diajar bagaimana cara mencari gambar dan simpan gambar menggunakan aplikasi google.

Selain itu ,pelajar juga diajar menggunakan “google map dan street view”.Kelas ini dianjurkan kepada pelajar bertujuan mendedahkan pelajar mempelajari bagaimana untuk mencari sesuatu tempat atau destinasi yang hendak dituju dengan tepat. Di akhir kelas, setiap pelajar mesti mempraktikkan semula apa yang telah dipelajari.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas